Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tiga sen seliter – MOF
  • BISNES

Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tiga sen seliter – MOF

Utusan Sarawak 5 hours ago
HARGA runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen daripada RM3.18 kepada RM3.21 seliter.

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen daripada RM3.18 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Sept ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut naik tiga sen daripada RM2.90 kepada RM2.93 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut MOF penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS didorong jangkaan dasar Fed lemah
Next: Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir setahun berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.