Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 6 – 12 April
  • NASIONAL

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 6 – 12 April

Utusan Sarawak 2 years ago

Harga RON97 RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) kekal tidak berubah bagi tempoh 6 hingga 12 April.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 6 hingga 12 April. 

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jangan politikkan konsep ‘Malaysia Madani’ 
Next: Hebahan tentang ikan tilapia tidak selamat dimakan adalah palsu – DOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.