Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga minyak naik, OPEC+ dijangka tingkatkan pengeluaran
  • BISNES

Harga minyak naik, OPEC+ dijangka tingkatkan pengeluaran

Utusan Sarawak 2 weeks ago
MINYAK mentah Brent diniagakan pada AS$68.80 setong pada 9.14 pagi waktu tempatan (0614 GMT), meningkat 0.2 peratus berbanding penutupan sebelumnya iaitu AS$68.69.

ISTANBUL: Harga minyak meningkat sedikit pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik berterusan yang meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan global, sekali gus mengimbangi tekanan daripada penyambungan semula aliran minyak dari wilayah Kurdistan Iraq dan jangkaan peningkatan pengeluaran oleh OPEC+, lapor Anadolu Ajansi.

Minyak mentah Brent diniagakan pada AS$68.80 setong pada 9.14 pagi waktu tempatan (0614 GMT), meningkat 0.2 peratus berbanding penutupan sebelumnya iaitu AS$68.69.

Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 0.2 peratus kepada AS$65.09 daripada AS$64.98 dalam sesi terdahulu.

Sementara itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar mengumumkan pada Sabtu yang penghantaran minyak melalui saluran paip Iraq-Turkiye disambung semula.

Saluran paip berkembar itu, dengan kapasiti gabungan kira-kira 1.5 juta tong sehari (bpd), menghubungkan telaga minyak di Iraq termasuk wilayah pentadbiran Kurdistan (KRG) ke terminal eksport Mediterranean di Pelabuhan Ceyhan, Turkiye.

Bayraktar berkata penghantaran awal dijangka purata sekitar 200,000 tong sehari dan saluran paip itu ditutup sejak gempa bumi pada 6 Februari 2023 sebelum siap dibaik pulih oleh pengendali saluran paip negara, BOTAS, pada Oktober tahun lepas.

Pasaran juga memberi tumpuan kepada mesyuarat OPEC+ pada Ahad ini dan negara anggota OPEC dan sekutunya dijangka membincangkan peningkatan pengeluaran untuk bulan November.

Menurut penganalisis, langkah itu bertujuan untuk merebut semula bahagian pasaran yang hilang kepada pengeluar syal minyak AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Jangkaan kerajaan AS tutup, kadar faedah turun pacu ringgit dibuka mengukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.