Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harga minyak mentah melonjak lebih lima peratus susulan pengumuman sekatan AS
  • SEMASA

Harga minyak mentah melonjak lebih lima peratus susulan pengumuman sekatan AS

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah melonjak lebih lima peratus pada  Khamis susulan pengumuman sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat minyak Rusia.

Pada 7.30 malam ini, minyak mentah penanda aras Brent meningkat 5.46 peratus kepada AS$66.01 setong.

Pada Rabu, Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan bahawa sekatan terbaru itu menyasarkan dua syarikat minyak terbesar Rusia, Lukoil dan Rosneft, serta beberapa anak syarikat mereka yang berpangkalan di Rusia.

Ketua analisis geopolitik Rystad Energy, Jorge Leon, berkata kenaikan mendadak harga minyak susulan pengumuman itu mencetuskan kebimbangan pasaran bahawa eksport minyak mentah Rusia, terutamanya ke India, boleh jatuh menjunam.

“Sekatan terbaru AS terhadap pengeluar minyak terbesar Rusia itu menunjukkan peningkatan ketara yang belum pernah terjadi sebelumnya ini dalam kempen tekanan Washington terhadap Moscow.

“Ditambah dengan gelombang serangan baru-baru ini ke atas infrastruktur minyak Rusia, sekatan ini meningkatkan prospek gangguan besar terhadap pengeluaran dan eksport minyak mentah Rusia, sekali gus membawa risiko penghentian pengeluaran secara paksa,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Leon berkata keadaan geopolitik yang semakin kompleks boleh mengancam kesepaduan strategi Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum Plus (OPEC+) untuk meningkatkan bekalan secara beransur-ansur.

“Jika pengeluaran Rusia dikurangkan, Moscow akan mendapati ia tidak berdaya maju dari segi ekonomi dan politik untuk menyokong peningkatan pengeluaran seterusnya dalam pakatan itu.

“Senario sedemikian boleh mencetuskan semula ketegangan dalam OPEC+, ketika negara anggota mempertimbangkan keperluan untuk kestabilan pasaran berbanding imperatif fiskal mereka sendiri dalam keadaan persekitaran yang semakin tidak menentu,” katanya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Parents call for action after Kuching school bullying incident 
Next: Sarawak antara tujuh negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.