
MOSCOW: Harga minyak global meningkat kira-kira tiga peratus pada Khamis, dengan harga setong minyak mentah Brent melebihi AS$100 berdasarkan data dagangan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 07.43 GMT, harga niaga hadapan minyak mentah Brent bagi bulan Jun meningkat 2.86 peratus kepada AS$100.04 setong, manakala niaga hadapan WTI bagi bulan Mei meningkat 3.28 peratus kepada AS$93.28. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti