Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga minyak global turun, OPEC tingkat pengeluaran
  • NASIONAL

Harga minyak global turun, OPEC tingkat pengeluaran

Utusan Sarawak 3 days ago
PASARAN minyak mentah global menunjukkan trend penurunan ketara selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengumumkan peningkatan pengeluaran pada Ahad. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pasaran minyak mentah global menunjukkan trend penurunan ketara selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengumumkan peningkatan pengeluaran pada Ahad.

Kontrak niaga hadapan Brent di Intercontinental Exchange (ICE) susut kepada AS$65 setong pada 5 Oktober, berbanding paras tertinggi AS$70 setong minggu lalu.

Menurut firma penyelidikan tenaga Rystad Energy, unjuran pasaran kini beralih ke arah penurunan, dengan ICE Brent dijangka tidak kekal melebihi paras AS$60 hingga AS$65 setong pada 2026 melainkan OPEC dan sekutunya (OPEC+) menyesuaikan semula strategi mereka, atau sekatan terhadap Rusia dan Iran mengehadkan eksport dari kedua-dua negara itu.

“Pasaran telah bertukar daripada kekurangan kepada lebihan bekalan, dan peningkatan pengeluaran selanjutnya oleh OPEC+ akan menguji paras sokongan harga. Bekalan terus meningkat, manakala permintaan semakin lemah menjadikan baki 2025 sebagai tempoh yang mencabar bagi harga minyak mentah,” kata Naib Presiden Kanan Pasaran Komoditi–Minyak Rystad, Susan Bell.

Menjelang 2026, Rystad menjangkakan bekalan minyak global akan meningkat sebanyak 2.5 juta tong sehari (bpd), jauh melebihi pertumbuhan permintaan yang dianggarkan kurang daripada satu juta tong sehari.

Perkembangan ini mencerminkan momentum ekonomi yang perlahan di negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) serta kadar pemulihan perjalanan udara pascapandemik yang semakin mendatar.

“Ini menandakan lebihan global melebihi dua juta tong sehari tahun hadapan, terutama pada separuh pertama tahun itu. Risiko penurunan harga kini tertumpu kepada paras AS$50 setong atau lebih rendah sekiranya inventori terus meningkat pada separuh pertama tahun ini,” katanya.

– BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Freedom Flotilla Coalition disasar masuk zon kuning esok – MyCARE
Next: Projek kritikal, kos sara hidup dijangka tumpuan Belanjawan 2026 – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.