Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga minyak boleh cecah tiga digit jika konflik Asia Barat berlarutan
  • BISNES

Harga minyak boleh cecah tiga digit jika konflik Asia Barat berlarutan

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Harga minyak boleh melonjak ke paras tiga digit sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan, kata firma penyelidikan tenaga global, Rystad Energy.

Ketua Penyelidikan Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) Rystad Energy Aditya Saraswat berkata pasaran berada dalam keadaan sangat tidak menentu apabila pedagang bertindak balas terhadap peningkatan ketegangan terkini di Asia Barat. 

“Jika konflik ini berlarutan, harga minyak menjadi tiga digit adalah satu kemungkinan yang sangat nyata,” katanya dalam kemas kini mengenai keadaan pasaran hari ini. 

Saraswat berkata kebimbangan sebelum ini tertumpu kepada sama ada bekalan tenaga boleh bergerak menerusi rantau ini, bagaimanapun serangan dron terbaharu telah meningkatkan risiko kepada infrastruktur tenaga di seluruh Asia Barat dengan ketara. 

Beliau berkata kesan daripada peningkatan itu sudah merebak ke pelbagai sektor, daripada pusat data kepada pengguna yang akhirnya akan merasai kesannya menerusi harga bahan api yang lebih tinggi. 

Katanya, sekiranya konflik itu berterusan, penutupan sebagai langkah berjaga-jaga di seluruh rantau ini mungkin akan berlaku, sekali gus memberi implikasi serius kepada pasaran minyak global. 

“Jika gangguan bermula di Iraq, risikonya ialah ia akan merebak ke pengeluar utama lain seperti Kuwait, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar,” katanya. 

Mengenai gas pula, Saraswat berkata gangguan sudah pun berlaku, dengan Qatar telah menghentikan kira-kira 77 juta tan kapasiti gas asli cecair (LNG) setahun. 

“Sekiranya keadaan menjadi lebih buruk, terdapat risiko bahawa UAE boleh menghadapi gangguan yang sama,” tambahnya. 

Ketika ini, mentah Brent melonjak 2.84 peratus kepada AS$83.71 setong. 

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring kenaikan di Wall Street
Next: Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.