Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga emas diramal meningkat susulan ketidaktentuan pasaran minyak
  • BISNES

Harga emas diramal meningkat susulan ketidaktentuan pasaran minyak

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran yang lebih tinggi minggu depan susulan pasaran minyak kini mempengaruhi naratif makroekonomi yang lebih besar.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata jika krisis Asia Barat tidak menunjukkan tanda-tanda reda dan harga minyak mentah menghampiri senario terburuk sekitar AS$120, pemantauan minggu ini menunjukkan tekanan tambahan ke atas emas daripada hasil yang lebih tinggi dan dolar yang lebih kukuh.

“Di bawah keadaan normal, emas dijangka diniagakan dalam julat lebih kurang AS$50 minggu ke minggu tetapi ketidaktentuan semasa dalam pasaran tenaga menjadikan julat tersebut tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

“Pada masa sekarang, saya melihat julat yang lebih tinggi iaitu sekitar AS$5,025 hingga AS$5,125,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan dagangan mingguan, Mac 2026 menurun kepada AS$5,103.8 setiap auns troy daripada AS$5,128.50 setiap auns troy.

April 2026 turun kepada AS$5,122.6 setiap auns troy daripada AS$5,147.0 setiap auns troy manakala Mei 2026 menyusut kepada AS$5,141.8 setiap auns troy daripada AS$5,166.10 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah pada AS$5,175.7 setiap auns troy daripada AS$5,200.0 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 48 lot daripada 73 lot minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka merosot kepada 78 kontrak berbanding 100 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada AS$5,130.1 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Mac, 2026. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelabur pantau harga minyak, ringgit diramal kekal dalam julat RM3.93–RM3.98
Next: 1,700 jadi paras penting bagi hala tuju pergerakan Bursa Malaysia minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.