Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Harga emas di China catat rekod tertinggi susulan lonjakan pasaran global
  • GLOBAL

Harga emas di China catat rekod tertinggi susulan lonjakan pasaran global

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BEIJING: Harga emas di China melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah susulan kenaikan berterusan harga emas antarabangsa, lapor Xinhua.

Hari ini, beberapa jenama emas utama di China mencatatkan harga barang kemas melebihi 1,000 yuan (kira-kira AS$138.63) segram — paras tertinggi yang pernah direkodkan.

Kenaikan didorong oleh momentum positif dalam pasaran global, apabila harga emas semasa di Shanghai Gold Exchange meningkat melebihi 775 yuan segram.

Beberapa institusi kewangan utama termasuk Goldman Sachs dan JPMorgan Chase menyemak semula unjuran harga emas ke paras lebih tinggi.

Penganalisis mengaitkan lonjakan harga dengan kebimbangan terhadap kemungkinan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat yang dipacu oleh kesan tarif negara itu.

Ketidaktentuan pasaran menyebabkan pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada emas.

“Ketidaktentuan pasaran yang tinggi, ditambah dengan pembelian emas berterusan oleh bank-bank pusat di seluruh dunia, menjadi faktor utama menyokong harga emas ketika ini,” kata Ketua Dagangan Heraeus Precious Metals Technology (China) Co Ltd Steven Lu.

Setakat tahun ini, harga emas semasa dalam denominasi yuan telah meningkat kira-kira 26 peratus — hampir menyamai kadar kenaikan sepanjang tahun lalu. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Rumah Putih umum China berdepan tarif hingga 245 peratus akibat tindak balas
Next: Gunung Lewotobi meletus, cetus amaran penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.