Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Harga durian mampu milik, serendah RM1 sebiji
  • TEMPATAN

Harga durian mampu milik, serendah RM1 sebiji

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEMBEKAL durian menghantar dan memunggah buah durian kepada pemborong di Pasar Tani Demak semalam. Aroma durian dari deretan lori sarat dengan buah kuning kehijauan menandakan tibanya musim yang dinanti-nantikan peminat ‘raja buah’ di negeri ini, apatah lagi dengan bekalan durian tempatan yang tinggi di pasaran kini. Foto BERNAMA

KUCHING: Aroma durian daripada deretan lori sarat dengan buah kuning kehijauan, menandakan tibanya musim dinanti-nantikan peminat “raja buah” di Sarawak, apatah lagi dengan bekalan durian tempatan yang banyak di pasaran pada masa ini.

Berikutan itu, situasi longgokan durian kampung khususnya dari kawasan selatan Sarawak telah mencetuskan idea untuk peniaga Akmal Hakim Saidan, 29, dan adik-beradiknya menawarkan harga runtuh serendah RM1 sebiji, bagi menarik lebih ramai pelanggan ke kedai mereka.

Beliau yang merupakan penjual buah-buahan dan ikan segar berkata musim durian di Bumi Kenyalang biasanya bermula dari Ogos hingga Februari, dengan bekalan diperoleh dari Sematan, Serian dan Sarikei.

PENGUNJUNG, Atikah Morni, 26, bersama adiknya Kamariah Morni, 21, menunjukkan buah durian promosi yang dibeli dengan harga serendah RM1 sebiji mengikut saiz di Pasar Tani Demak semalam. Aroma durian dari deretan lori sarat dengan buah kuning kehijauan menandakan tibanya musim yang dinanti-nantikan peminat ‘raja buah’ di negeri ini, apatah lagi dengan bekalan durian tempatan yang tinggi di pasaran kini. Foto BERNAMA

“Waktu kemuncaknya bermula sekarang sehingga Februari, jadi buat masa ini kita terima kira-kira enam hingga 10 lori durian sehari, dengan anggaran keseluruhan 12,000 biji durian kampung kita peroleh setiap hari.

“Setiap durian digredkan sebaik tiba di kedai, jadi buah yang pecah diasingkan untuk dijadikan tempoyak, manakala durian yang elok dijual secara lelong atau dibungkus dalam tawaran khas Happy Hour, seperti satu plastik penuh pada harga RM25 atau sebiji RM1,” katanya kepada Bernama.

Turut mempromosikan jualan harga runtuh secara langsung di platform Facebook, beliau berkata meskipun durian dijual pada harga murah, keuntungan masih diperoleh kerana kuantiti jualan tinggi.

Akmal Hakim berkata bagi memenuhi permintaan peminat raja buah itu, kedainya beroperasi setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang musim durian, dengan hujung minggu dan selepas masa bekerja menjadi waktu paling ramai pelanggan datang membeli durian.

“Selain durian, kami juga ada menjual pelbagai jenis buah-buahan seperti rambutan, langsat dan dabai yang turut ditawarkan harga istimewa mengikut waktu…untuk dabai boleh mencecah RM8 sekilogram sewaktu happy hour,” katanya. 

PARA pengunjung memilih buah durian yang dijual murah dengan harga promosi serendah tiga biji RM10 di Pasar Tani Demak semalam. Aroma durian dari deretan lori sarat dengan buah kuning kehijauan menandakan tibanya musim yang dinanti-nantikan peminat ‘raja buah’ di negeri ini, apatah lagi dengan bekalan durian tempatan yang tinggi di pasaran kini. Foto BERNAMA

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati pelanggan dan pelancong tidak melepaskan peluang memborong durian yang dijual pada harga runtuh.

Pasangan adik-beradik, Atikah Morni, 26, dan Kamariah Morni, 21, yang berasal dari Kuching berkata mereka memilih untuk membeli durian di kedai itu, selepas tertarik dengan promosi harga runtuh yang dipaparkan di media sosial.

“Kalau musim durian memang kami akan datang beli sini setiap tahun, kerana harga sangat murah dan berpatutan. Kali ini kami datang memilih durian berharga RM3 dan RM8,” kata Atikah.

Sementara itu, Charles Chua, 44, berkongsi pengalaman melancong ke Kuching bersama keluarga bakal isterinya yang berasal dari Kalimantan Barat, Indonesia untuk merasai sendiri kemeriahan musim durian di Sarawak.

“Saya beli tiga biji dengan harga RM24, memang murah dan berbaloi. Durian di Sarawak memang nyaman (sedap) jadi saya beli untuk sokong produk durian tempatan,” katanya yang berasal dari Sibu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kongsi kenderaan, parkir jauh demi kelancaran Ambang Tahun Baharu 2026 – Karim
Next: Keluarga mangsa bunuh gesa siasatan menyeluruh dan keadilan ditegakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.