Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.25, Sarawak kekal RM2.15 seliter
  • BISNES

Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.25, Sarawak kekal RM2.15 seliter

Utusan Sarawak 9 months ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen kepada RM3.25 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula esok hingga 21 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan semalam memaklumkan penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.25 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Turut dikekalkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 iaitu masing-masing pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.

MOF berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit kekal dibuka tinggi menjelang pengumuman data KDNK suku kedua negara esok
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.