Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Harga dabai seperti ‘harga emas’
  • TEMPATAN

Harga dabai seperti ‘harga emas’

Utusan Sarawak 4 years ago
BUAH DABAI… Salleh Mustapha menjual buah dabai berharga antara RM35 hingga RM60 di Medan Niaga Satok, Kuching, semalam.

KUCHING: Permintaan terhadap buah dabai semakin meningkat namun harganya yang melambung tinggi berikutan bekalan yang agak terhad dan kos pengangkutan yang tinggi.

Menurut penjual buah dabai Salleh Mustapha, 61, berkata, bekalan buah dabai yang dijualnya itu diperoleh dari kapit dan kanowit dan dijual di Kuching.

“Jika dilihat sekarang permintaan dabai semakin tinggi namun pengeluaran buah tersebut agak terhad dan kini kebanyakan pemborong mendapatkan buah dabai dari Kapit dan Kanowit.

“Tambang pengangkutan dan kualiti buah dabai juga antara faktor buah ini mahal, jika dahulu buah dabai diambil di pangkalan bot ekspres kini hanya tunggu di depan rumah sahaja,” katanya, ketika ditemui pemberita di Medan Niaga Satok, di sini, semalam.

Beliau berkata, buah dabai dijual dari harga RM35 hingga RM60 bagi sekilogram.

“Walaupun harga buah dabai ini mahal, bagi penggemar buah dabai mereka tidak kisah dengan soal harga kerana setiap harga ia bergantung dengan kualiti dan saiz dabai tersebut.

“Ada juga yang mengatakan harga dabai ini seperti ‘harga emas’ atau seperti ‘makan emas’ disebabkan harganya yang terlalu tinggi,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun Kuching dalam tempoh Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) namun permintaan buah dabai ini masih tinggi dan mendapat sambutan.

“Ada pelanggan yang membeli secara di atas talian dan ada yang datang beli terus di Medan Niaga Satok ini.

“Pada hujung minggu sahaja, kira-kira 50kg hingga 60kg buah dabai yang habis dijual, kalau hari biasa hanya sedikit sahaja terjual. Namun begitu, harga buah dabai ini dijangka akan turun minggu hadapan,” katanya lagi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Pembelian minyak masak dihadkan
Next: 6,849 KIR terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.