Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harden tekankan pemantauan rapi projek RTP di DUN Simanggang
  • WILAYAH

Harden tekankan pemantauan rapi projek RTP di DUN Simanggang

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa melakukan lawatan kerja di JKR Sri Aman dan lawatan projek di sekitar DUN Simanggang, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang 

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menegaskan pentingnya pemantauan rapi terhadap pelaksanaan projek-projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi memastikan semuanya disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi ditetapkan.

Dalam lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman hari ini, beliau menerima taklimat projek daripada Jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman, Vanessa Siah Sampar, yang memaklumkan bahawa kemajuan pelaksanaan projek RTP di kawasan berkenaan sangat memberangsangkan. Setakat ini hanya lima projek masih menunggu proses cabutan undi.

Menurut Harden, tanggungjawab kontraktor menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan perlu dipantau secara berterusan oleh agensi pelaksana agar mutu kerja tidak terjejas dan rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan dengan segera.

“Pemantauan yang teliti amat penting supaya tiada projek mengalami kelewatan. Kelewatan akan memberi kesan kepada pelaksanaan projek RTP tahun berikutnya,” tegas beliau.

DATUK Francis Harden Hollis semasa melakukan lawatan kerja di JKR Sri Aman dan lawatan projek di sekitar DUN Simanggang, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang 

Dalam masa sama, Harden turut menggesa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) agar memainkan peranan menyampaikan maklumat tepat kepada penduduk mengenai pelbagai projek pembangunan yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan di kawasan DUN Simanggang.

Pada sebelah petang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu turut meninjau beberapa tapak projek termasuk cadangan bina baharu jalan akses dan jambatan konkrit ke kawasan ladang di Kampung Munggu Ruan.

Selain itu, kerja membaiki jalan runtuh di Kampung Sungai Reboh serta cadangan memasang pembetung di sepanjang jalan dari Kampung Sungai Reboh ke Kampung Paku Ili.

Selain itu, beliau turut melawat lokasi cadangan naik taraf Jalan Katek (jalan alternatif ke Kampung Kaong, Kampung Radau dan Kampung Samak), cadangan menurap baki jalan akses ke Kampung Samak, serta tapak cadangan bina baharu Dewan Serbaguna Rumah Fener, Kampung Sengelau, Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 100 klien hadiri program pemulihan dadah Model i-Pulih di Sri Aman
Next: 2,000 penduduk PPR Seduan Rantau Panjang dibelenggu masalah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.