Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harden adakan lawatan ke IPD Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

Harden adakan lawatan ke IPD Sri Aman

Utusan Sarawak 1 day ago

LAWATAN… Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan lawatan kerja ke IPD Sri Aman kelmarin. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman di sini kelmarin.

Tujuan lawatan kerja tersebut untuk merapatkan ikatan perhubungan polis dengan wakil rakyat dan masyarakat bersesuaian dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Ketika lawatan tersebut Harden serta rombongan telah diberi taklimat mengenai perkembangan semasa dan pencapaian setiap bahagian kepolisan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Harden menyifatkan lawatan kerja itu merupakan sesi berkenalan dengan barisan pegawai polis yang baharu bertugas di IPD Sri Aman termasuk Ketua Polis Daerah (KPD) dan mengukuhkan ikatan dengan pegawai yang sedia ada.

“Kita melihat kepentingan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan orang awam dan merupakan tonggak kepada kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti di Bandar Simanggang ini.

“Justeru masyarakat harus memberi kerjasama dalam mengekalkan suasana harmoni dengan melaporkan sebarang kejadian yang menjurus kepada perlakuan jenayah agar dapat dibanteras sebelum menjadi lebih teruk,” katanya.

Dalam pada itu, KPD Sri Aman Superintenden Dennis Bunyam mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu diatas kesudian mengadakan lawatan kerja dan mendengar taklimat dan isu semasa yang dihadapi.

Lawatan tersebut juga memberi peluang kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Ahli Majlis Daerah Sri Aman mendapatkan maklumat yang berguna secara terus daripada ketua bahagian dan menyebarluas informasi yang berguna kepada penduduk kampung.

Pada akhir sesi taklimat Harden telah menyampaikan cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada beliau berjumlah RM5,000 kepada Anggota Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) digunakan untuk membiaya aktiviti persatuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 33 Projek diluluskan BDDA Sektor Pembangunan Agro Pertanian di DUN Kabong
Next: DUN Pelawan salur RM1.28 juta geran MRP kepada 131 penerima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.