Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harden dapatkan status kemajuan terkini projek di DUN Simanggang
  • WILAYAH

Harden dapatkan status kemajuan terkini projek di DUN Simanggang

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis mengadakan lawatan kerja di dua agensi pekaksana projek RTP bagi mendapatkan status kemajuan terkini pelbagai projek pembangunan di bawah kawasan DUN Simanggang. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis mengadakan lawatan kerja ke Majlis Daerah Sri Aman bagi mendapatkan status kemajuan terkini pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Lawatan itu bertujuan menilai pelaksanaan projek yang dipertanggungjawabkan kepada Majlis Daerah Sri Aman sebagai agensi pelaksana, selain memastikan setiap projek berjalan mengikut perancangan dan memberi manfaat terus kepada rakyat.

Antara projek yang diberi taklimat termasuk Projek Menara Pemerhati Benak, Projek Pangkalan Ikan Bulu, Taman Kedamaian Sri Aman serta beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Pada sebelah petang, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut mengadakan lawatan ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sri Aman bagi meninjau status projek-projek berkaitan sistem perparitan dan pembinaan infrastruktur.

DATUK Francis Harden Hollis mengadakan lawatan kerja di dua agensi pekaksana projek RTP bagi mendapatkan status kemajuan terkini pelbagai projek pembangunan di bawah kawasan DUN Simanggang. Foto ADUN Simanggang

Antara projek yang dibentangkan ialah naik taraf Sistem Perparitan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah, Projek Pembinaan Benteng Sungai Suang (Rumah Jeluka) Sabu, naik taraf Sistem Perparitan di Taman Kurniaman Fasa II Pasir Panas, serta projek di Taman Tiara, Kampung Resak, Kampung Muhibbah, RPR dan Taman Siang.

Menurut Harden, lawatan ini penting bagi mengenal pasti tahap kemajuan sebenar serta mengenal pasti projek yang masih belum dilancarkan walaupun telah diluluskan.

“Projek pembangunan ini adalah untuk manfaat rakyat, hasil daripada pengurusan progresif kerajaan negeri dalam memanfaatkan sumber kekayaan Sarawak untuk dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan,” katanya.

DATUK Francis Harden Hollis mengadakan lawatan kerja di dua agensi pekaksana projek RTP bagi mendapatkan status kemajuan terkini pelbagai projek pembangunan di bawah kawasan DUN Simanggang. Foto ADUN Simanggang

Beliau menegaskan bahawa agensi pelaksana perlu memastikan setiap projek disiapkan segera apabila peruntukan telah tersedia, selain mengelakkan karenah birokrasi yang boleh menjejaskan pelaksanaan projek.

Dalam lawatan tersebut, Harden turut meninjau tapak pembinaan jambatan konkrit merentangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu, bagi melihat sendiri kemajuan kerja di lapangan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Lutong kongsi ilmu keselamatan di SK Lutong
Next: Padawan Municipal Council lends a helping hand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.