Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harden bangga prestasi kontraktor siapkan Projek Rintis SK Batu Lintang tepat masa
  • WILAYAH

Harden bangga prestasi kontraktor siapkan Projek Rintis SK Batu Lintang tepat masa

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis semasa mengadakan lawatan tapak Projek Rintis di SK Batu Lintang, Undop semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis melahirkan rasa bangga terhadap prestasi kontraktor yang berjaya menyiapkan Projek Rintis di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Undop mengikut tempoh masa ditetapkan dengan hasil kerja yang memuaskan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak ke projek berkenaan yang melibatkan pembinaan dua blok asrama lelaki dan perempuan, dua blok kuarters guru serta sebuah dewan makan, dengan kos keseluruhan berjumlah RM7 juta. 

Projek tersebut dilaksanakan oleh kontraktor Dermaga Makmur Sdn Bhd dan telah siap sepenuhnya mengikut jadual.

Menurut Harden, kejayaan menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan mencerminkan tahap profesionalisme dan komitmen tinggi pihak kontraktor, sekali gus membuktikan keupayaan syarikat tempatan dalam melaksanakan projek pembangunan pendidikan yang berkualiti.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis semasa mengadakan lawatan tapak Projek Rintis di SK Batu Lintang, Undop semalam. Foto ADUN Simanggang

“Kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan pelaksanaan projek yang berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya dalam sektor pendidikan. 

“Saya berpuas hati dengan kualiti kerja yang dilaksanakan kerana kemudahan ini akan memberi manfaat besar kepada warga sekolah dan komuniti setempat,” katanya.

Lawatan tersebut turut disertai oleh agensi pelaksana, wakil kontraktor, pihak sekolah serta penerima manfaat bagi meninjau kemudahan yang telah siap dan memastikan penggunaannya dapat dimanfaatkan secara optimum.

Dalam lawatan sama, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut meninjau keadaan jambatan uzur yang merentangi Sungai Undop di Kampung Klassen Sekula, yang merupakan satu-satunya laluan penghubung ke SK Nanga Klassen. 

Beliau berkata perkara itu akan diberi perhatian untuk tindakan selanjutnya demi keselamatan dan kemudahan penduduk setempat.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pegawai dari Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman, Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman, pihak pengurusan SK Batu Lintang serta wakil kontraktor Dermaga Makmur Sdn Bhd.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Abang Abdul Rahman Saratok terus dinaik taraf selari aspirasi pendidikan nasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.