Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Hanya seorang rakyat Malaysia terkorban, tragedi feri karam di Selat Bali
  • KEMALANGAN

Hanya seorang rakyat Malaysia terkorban, tragedi feri karam di Selat Bali

Utusan Sarawak 18 hours ago
PENYELAMAT Indonesia dan pegawai polis marin mencari mangsa yang hilang dalam kemalangan feri di perairan Selat Bali baru-baru ini. Foto AFP

BANTING: Hanya seorang rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali, Indonesia lewat malam 2 Julai lepas, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata tidak ada mangsa lain melibatkan warganegara ini dilaporkan dengan rakyat Malaysia yang terkorban itu juga sudah selamat dikebumikan. 

“Setakat ini tiada lagi (mangsa baharu libatkan warga Malaysia), tetapi usaha mencari masih dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat yang dihadiri 460 perwakilan daripada 90 cawangan di Dewan Sri Jugra di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata mana-mana pihak boleh menyalurkan bantuan berkaitan bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.  

Pada 11 Julai lepas, media melaporkan seorang rakyat Malaysia, Fauzey Awang, 55, disahkan antara tiga mangsa yang ditemukan maut di perairan Pantai Perancak, Bali susulan tragedi feri Tunu Pratama Jaya yang karam 2 Julai lepas. 

RAKYAT Malaysia, Fauzey Awang, 55, disahkan antara tiga mangsa yang ditemukan maut di perairan Pantai Perancak, Bali susulan tragedi feri Tunu Pratama Jaya yang karam 2 Julai lepas. 

Jenazah Allahyarham yang berasal dari Terengganu selamat dikebumikan di Jawa Timur pada malam Jumaat, memenuhi hasrat terakhirnya untuk disemadikan berhampiran makam gurunya dan berdekatan dengan isterinya di Indonesia.

Fauzey yang bekerja di Malaysia dilaporkan sering berulang-alik ke Indonesia setiap tiga bulan untuk bertemu isterinya.

Feri yang dinaikinya membawa 65 penumpang dan 22 kenderaan sebelum karam di perairan Selat Bali pada malam 2 Julai, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi menuju ke Bali.

Setakat Jumaat, seramai 47 orang telah dikenal pasti, membabitkan 30 mangsa terselamat dan 17 terkorban. 

Beberapa orang lagi masih hilang, ketika operasi mencari dan menyelamat  diteruskan.  

–Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita maut rempuh besi melintang di Jalan Pandaruan
Next: Orang awam terkorban ketika kerja projek talian penghantar dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.