Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hanya premis capai standard tandas bersih, layak dapat lesen PBT – Nga
  • NASIONAL

Hanya premis capai standard tandas bersih, layak dapat lesen PBT – Nga

Utusan Sarawak 2 hours ago
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap ketika merasmikan Majlis Penganugerahan Tandas Terbaik KPKT Tahun 2025 (TOTYA 2025), hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bermula tahun hadapan, hanya premis yang memiliki tandas bersih dan memenuhi standard minimum kebersihan akan layak diberi kelulusan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata garis panduan baharu itu akan mula dilaksanakan secara berfasa dalam usaha kementerian untuk mengangkat imej dan standard tandas di negara ini.

“Pelaksanaan garis panduan itu akan dibuat secara berfasa mengikut kategori PBT, melibatkan Majlis Bandar Raya bermula 2026, Majlis Perbandaran (2027) dan Majlis Daerah (2028).

“Langkah itu bertujuan memastikan standard tandas “BMW” (Bersih, Menawan dan Wangi) menjadi norma nasional serta meningkatkan imej perkhidmatan awam dan pengalaman pengguna, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya pada Majlis Penganugerahan Tandas Terbaik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2025 (TOTYA 2025) di sini hari ini

Beliau berkata garis panduan baharu itu juga menetapkan nisbah baharu kemudahan tandas di premis perniagaan dan bangunan awam, iaitu sekurang-kurangnya satu tandas lelaki dan dua tandas perempuan, sejajar dengan keperluan pengguna dan aliran trafik pelanggan.

“Mulai tahun depan tandas awam yang dibina di negara ini perlu mengikut garis panduan KPKT supaya 10 tahun akan datang tiada lagi beratur panjang menjelang hari perayaan.

“Saya sendiri observe dan melihat wanita memerlukan lebih masa untuk menggunakan tandas. Hal ini juga dibuktikan melalui dapatan saintifik daripada kerajaan Jepun,” katanya.

Sementara itu, Nga berkata TOTYA 2025 mencatat sejarah apabila 744 penyertaan direkodkan, meningkat berbanding 625 penyertaan pada 2024 dan 345 penyertaan pada 2023.

“Peningkatan ketara ini membuktikan bahawa TOTYA kini menjadi penanda aras kebangsaan dalam penilaian standard kebersihan dan kualiti tandas awam,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM180 juta dalam tempoh tiga tahun bermula 2024 untuk tujuan pembaikan dan naik taraf tandas awam di seluruh negara

Pada majlis itu, Nga menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi lapan kategori yang masing-masing membawa pulang RM20,000 berserta trofi dan sijil.

Kategori rumah ibadat dimenangi Masjid Tepian Putra, Kuantan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Kwok Kuala Lumpur (kategori sekolah) dan Tandas Awam Terminal Putrajaya Sentral (kategori PBT).

Kategori restoran dimenangi Sushi Tie, Bintulu, Shell Jalan Hospital, Ipoh (kategori stesen minyak) manakala kategori Rehat dan Rawat (R&R) dimenangi R&R Tapah (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS Berhad).

Selain itu, kategori hotel dimenangi NU Hotel, Bintulu manakala Pavilion Bukit Jalil muncul sebagai pemenang bagi kategori pusat beli-belah.- Bernama

Continue Reading

Previous: Intervensi kerajaan bantu generasi sandwic dalam perancangan keluarga – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.