Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hanya pemegang permit khas sah dibenar isi petrol, diesel dalam bekas atau tong – KPDN
  • NASIONAL

Hanya pemegang permit khas sah dibenar isi petrol, diesel dalam bekas atau tong – KPDN

Utusan Sarawak 8 hours ago
FOTO KPDN

KUALA LUMPUR: Pengisian minyak petrol atau diesel ke dalam bekas atau tong hanya dibenarkan kepada pemegang permit khas yang sah sahaja.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, bagaimanapun permit khas dikecualikan bagi situasi kecemasan dengan had pengisian tidak melebihi 20 liter.

“Pematuhan terhadap peraturan ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang,” menurut KPDN

Permohonan permit khas berkenaan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://spb.kpdn.gov.my

Terdapat 10 kategori yang layak memohon permit khas iaitu kenderaan forklift, pengangkutan air, penduduk di kawasan pedalaman dan pulau, pengusaha industri makanan, rekreasi air, pertanian dan penternakan, bantuan kecemasan, penyelenggaraan, pelancongan serta pembinaan berskala kecil.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.

Beliau bagaimanapun menegaskan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.- Bernama

Continue Reading

Previous: Subsidi petrol, diesel di bawah BUDI95 dan BUDI Diesel cecah RM4 bilion sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.