Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hanya 30 minit ke Brunei bila Jambatan Kedua Sungai Limbang siap April 2026
  • TEMPATAN

Hanya 30 minit ke Brunei bila Jambatan Kedua Sungai Limbang siap April 2026

Utusan Sarawak 20 hours ago
Abang Johari melihat pelan Jambatan Kedua Limbang yang akan membuka luas ruang pelancongan di Bahagian Limbang, manakala kanan ialah pembinaan jambatan yang sedang rancak dijalankan.
 

LIMBANG:  Projek pembinaan Jambatan Kedua Sungai Limbang yang dijangka siap April tahun depan dilihat sebagai ruang besar untuk sektor pelancongan di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini selari dengan penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB). 

“Kerja-kerja pembinaan jambatan kabel penahan untuk projek itu dijangka siap pada penghujung tahun ini. 

“Ini bermakna bahawa kalau siap pada Disember (kerja pemasangan kabel penahan) kemungkinan ia dapat digunakan pada April 2026.

“Ini akan memendekkan perjalanan kita dari Limbang ke sempadan terus ke negara jiran Brunei Darussalam.

“Ketika ini kita mempunyai hubungan dagangan yang baik antara Sarawak dan Brunei Darussalam. 

“Dengan ada pejabat STATOB di Brunei dan apabila jambatan ini siap, ia akan menjadi satu kerjasama antara Malaysia dan kerajaan Brunei Darussalam kerana kita sudah mempunyai satu persetujuan untuk membangun bersama antara Brunei dan Sarawak khasnya.

“Jambatan ini juga akan membuka kepada sektor  pelancongan dimana Bandar Seri Begawan boleh menjadi pintu masuk untuk pelancong dan seterusnya menerusi jambatan ini kita jangkakan jarak dari  Bandar Seri Begawan Brunei dan  Limbang hanya memakan masa antara 30 minit iaitu  satu perjalanan yang agak singkat,”katanya.

Abang Johari berkata demian ketika ditemui media pada lawatan kerjanya bagi meninjau projek Jambatan Sungai Limbang di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar  Abu Bakar  Marzuki; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang dan Residen Bahagian Limbang Unos Tambi.

Selain itu Jambatan Kedua Sungai Limbang, rangkaian jalan raya menuju ke Gunung Buda juga akan dibangunkan. 

“Kita telah membangunkan juga jalan kita dari Limbang ke Gunung Buda dan dengan jalan Gunung Buda mereka boleh terus melihat Gunung Mulu kerana Gunung Buda sebahagian Gunung Mulu dan di sebelah selatan pula kita membangun jalan dari Miri ke Marudi.

“Jambatan telah siap dan jalan dari Marudi akan terus kita bina ke Mulu iaitu di Long Terawan dan jalan ini pula akan dihubung dengan jalan Gunung Buda.

“Ini bermakna ada satu jalan, kalau pelancong nak datang dia singgah sini dan dia boleh terus melihat Gunung Mulu dan ini menjadi  mobiliti yang akan menggalakkan pelancongan alam semulajadi untuk kedua-dua negara,”katanya.

Mengulas mengenai Muzium Limbang, Abang Johari berkata video pembangunan yang memaparkan sejarah Limbang dan Lawas perlu ditambah. 

“Muzium Limbang mengandungi sejarah penting sejak dari dulu hingga sekarang dan saya mencadangkan supaya video pembangunan untuk  Lawas dan Limbang ditambah,”katanya lagi.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: MBKS jayakan Pertandingan Eco Glam Fashion Face-Off, didik cilik sayangi alam
Next: RM42.3 juta laksana 16 projek utiliti dan telekomunikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.