Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hanya 18 peratus tangguh terima tawaran haji dalam tempoh 10 tahun
  • NASIONAL

Hanya 18 peratus tangguh terima tawaran haji dalam tempoh 10 tahun

Utusan Sarawak 3 hours ago
Dr Zulkifli Hasan.

KUALA LUMPUR: Hanya 18 peratus bakal jemaah haji dalam giliran mengambil keputusan menangguhkan tawaran diterima daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim haji 2026, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Bagaimanapun, beliau berkata kuota tahunan rasmi negara sebanyak 31,600 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi sentiasa dipenuhi 100 peratus setiap tahun.

Zulkifli berkata setiap kekosongan akibat penangguhan penerimaan tawaran akan diganti serta-merta melalui senarai permohonan rayuan untuk menunaikan ibadah itu melalui aplikasi THiJARI, sekali gus  membantu TH untuk memastikan kuota haji rasmi pada setiap tahun dimanfaatkan sepenuhnya.

“Tahun ini, TH menerima lebih 84,000 permohonan rayuan mengerjakan ibadat haji,” katanya menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah pendeposit TH yang menolak tawaran menunaikan haji dan apakah alasan penolakan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata penangguhan penerimaan tawaran menunaikan haji bukanlah atas faktor kewangan bakal jemaah semata-mata, sebaliknya turut berpunca daripada faktor peribadi yang menyumbang kepada 31 peratus penolakan, selain 20 peratus akibat soal kesihatan.

“Bagi mengurangkan risiko pembatalan saat akhir, TH mengeluarkan peringatan awal kepada bakal jemaah melalui SMS, e-mel, media dan THiJARI supaya persediaan kesihatan dilakukan lebih awal, selain memastikan penilaian istita’ah (kemampuan) kekal ketat supaya hanya jemaah yang benar-benar bersedia ditawarkan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan prestasi jumlah deposit di TH terus menunjukkan peningkatan kepada RM93.35 bilion setakat November lepas, berbanding RM75.9 bilion pada 31 Dis 2020.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia komited memperkasa, iktiraf hak OKU – Nancy
Next: MCMC bangunkan 10 perundangan lindungi kanak-kanak dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.