Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA – KPPA
  • SEMASA

Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA – KPPA

Utusan Sarawak 5 months ago
KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz merasmikan Kampung Angkat MADANI Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pulau Aman, Nibong Tebal, hari ini. FotoBERNAMA

BATU KAWAN: Hanya 0.13 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang tamat pada 30 November lepas, menjelang pelaksanaan sistem itu yang berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.

“Sebenarnya bagi saya, ini satu perkara yang biasa kerana dalam SSPA itu kita memberi pilihan sama ada menerima ataupun tidak, sama juga semasa kita melaksanakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu kita nak berpindah daripada Sistem Saraan Baru (SSB), ada juga yang tidak menerima.

“Bagi mereka yang tidak menerima (SSPA), saya percaya ada pertimbangan-pertimbangan khusus bagi mereka dan pastinya mereka tidak dapat menikmati kelebihan yang kita tawarkan dalam sistem SSPA, jadi tidak ada paksaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kampung Angkat MADANI JPA: Pulau Aman di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu turut dilaporkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam yang gembira dengan pencapaian tersebut.

Wan Ahmad Dahlan juga berkata penjawat awam yang tidak memilih SSPA tidak lagi boleh berbuat demikian selepas 30 November.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menguruskan program berkaitan SSPA kerana berjaya melaksanakannya dengan baik.

Pada 12 November lepas, kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Panggilan Setempat SSPA sebagai platform untuk memberi penjelasan tepat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan penjawat awam berhubung sistem itu.

Sejak pengenalan SSPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2024 pada 13 Sept lepas, sebanyak 54 sesi libat urus telah dilaksana untuk memberi penerangan mengenainya.

Pengenalan SSPA adalah sebahagian daripada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang lebih besar bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan selain membantu mengurangkan kos sara hidup penjawat awam. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Next: Beberapa kawasan di 11 negeri diramal alami hujan lebat, angin kencang petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.