Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hantar bekalan makanan ke tiga rumah panjang, ambil masa empat jam 
  • WILAYAH

Hantar bekalan makanan ke tiga rumah panjang, ambil masa empat jam 

Utusan Sarawak 3 months ago
Jalan ‘offroad’ yang digunakan oleh pasukan bomba bersama agensi kerajaan yang lain menghantar bantuan bekalan makanan. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bersama beberapa agensi kerajaan telah menghantar bantuan bekalan makanan kepada 94 penduduk dari tiga buah rumah panjang di Ulu Entaih. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, penduduk di ketiga-tiga rumah panjang tersebut terputus bekalan makanan akibat laluan jalan ke rumah panjang mereka tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan disebabkan hujan dan tanah becak. 

“Rumah panjang imi adalah Rumah Panau Gama yang mempunyai 15 ketua isi rumah (KIR) dan seramai 52 orang penduduk, Rumah Sang Lasa (lima KIR) dan seramai 14 orang penduduk, dan Rumah Musit Belli (10 KIR) dan seramai 28 orang penduduk. 

“Saya dan tiga anggota bomba bersama beberapa agensi menggunakan kenderaan pacuan empat roda, menghantar bekalan makanan ke tiga rumah panjang di Ulu Entaih. 

“Perjalanan ke lokasi mengambil masa empat jam untuk sampai melalui jalan ‘offroad’,” katanya ketika dihubungi, malam ini. 

Beliau berkata antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Pejabat Residen Sarikei, Pejabat Daerah Pakan, Jabatan Kebajikan Julau/Sarikei, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Khidmat khas menyerahkan bantuan bekalan makanan selesai sepenuhnya pada jam 7.00 malam,” katanya. 

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin; Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong dan Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Bencana: Penghantaran bantuan makanan ke rumah panjang diteruskan
Next: Bomba sambung semula operasi potong dahan pokok tumbang hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.