Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hanbit-Nano milik innospace terhempas selepas pelancaran di Brazil
  • GLOBAL

Hanbit-Nano milik innospace terhempas selepas pelancaran di Brazil

Utusan Sarawak 2 hours ago
ROKET Hanbit-Nano milik Innospace terhempas kira-kira 30 saat selepas dilancarkan dari Pusat Angkasa Alcantara, Brazil. Foto Innospac

SEOUL: Roket Hanbit-Nano, roket orbit komersial pertama Korea Selatan, berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran di Brazil pada Selasa (waktu Korea) namun terhempas tidak lama kemudian akibat masalah pada sistem roket itu, menurut pengendalinya Innospace Co., lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut syarikat berkenaan, roket itu dilancarkan dari Alcantara Space Centre pada 10.13 malam Isnin (waktu tempatan).

Bagaimanapun, Innospace memaklumkan roket itu terhempas ke tanah kira-kira 30 saat selepas pelancaran.

Roket berkenaan terhempas di dalam zon keselamatan darat, dan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan tambahan dilaporkan.

Rakaman siaran langsung pelancaran di YouTube menunjukkan api muncul sejurus selepas pelancaran, sebelum siaran itu dihentikan tidak lama kemudian.

Roket itu membawa muatan yang merangkumi lima satelit yang dijadual ditempatkan ke orbit rendah pada ketinggian kira-kira 300 kilometer. 

Kenderaan dua peringkat itu menggunakan enjin hibrid dengan daya tujahan 25 tan bagi peringkat pertama, manakala peringkat kedua dikuasakan oleh enjin metana dan oksigen.

Pelancaran telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak tarikh asal yang ditetapkan pada 22 November. – Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Beberapa bot terkandas selepas lubang benam terbentuk di terusan England

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.