Hampir dua juta tiket Piala Dunia 2026 terjual

Facebook
WhatsApp
Gambar ini menunjukkan trofi Piala Dunia FIFA 2026 selepas undian Play-Off Eropah Piala Dunia FIFA 2026 di Home of Football FIFA, Zurich pada 20 November 2025. Foto AFP

LONDON: Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan hampir dua juta tiket terjual bagi Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, lapor PA Media/dpa.

Peminat dari England antara pembeli tertinggi, selain tiga negara penganjur, serta Jerman, Brazil, Colombia dan Sepanyol.

Peminat akan mengetahui jadual perlawanan selepas undian berlangsung pada 5 Disember, dengan fasa seterusnya bagi penjualan tiket bermula pada 11 Disember.

Ketua pegawai operasi Piala Dunia FIFA 2026, Heimo Schirgi berkata: “Dengan 42 pasukan sudah layak, kami menyaksikan minat global yang besar ketika kami bersiap untuk mengetahui kebanyakan perlawanan, termasuk lokasi dan tarikhnya ia akan berlangsung.”

— BERNAMA-PA MEDIA/dpa