Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 891,000 jemaah luar negara tiba di Arab Saudi untuk tunai haji
  • GLOBAL

Hampir 891,000 jemaah luar negara tiba di Arab Saudi untuk tunai haji

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Masjidil Haram. Foto Bernama.

RIYADH: Seramai 890,883 jemaah dari luar negara telah tiba di Arab Saudi bagi musim Haji 1446H setakat semalam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

Dalam kenyataan hari ini, Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan jemaah berkenaan, seramai 846,415 memasuki negara itu melalui lapangan terbang antarabangsa, 41,646 melalui pintu sempadan darat manakala 2,822 lagi tiba melalui laluan laut.

Direktorat itu turut menegaskan komitmennya untuk mempermudah proses kemasukan jemaah dengan menggunakan teknologi canggih dan menempatkan kakitangan yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bahasa di semua pintu masuk udara, darat dan laut. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: PBB bimbang 427 Rohingya terkorban di laut
Next: UAE catat suhu rekod Mei 51.6 darjah Celsius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.