Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Hampir 60 cedera dalam perlanggaran kereta api di Republik Czech
  • KEMALANGAN

Hampir 60 cedera dalam perlanggaran kereta api di Republik Czech

Utusan Sarawak 10 hours ago
KEMALANGAN kereta api di selatan Republik Czech.

PRAGUE: Seramai 57 orang cedera, lima daripadanya parah dalam kemalangan kereta api di selatan Republik Czech, menurut agensi berita republik itu CTK hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kemalangan itu berlaku sejurus selepas 6 pagi (0500 GMT) apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi berlanggar dengan sebuah lagi kereta api penumpang yang datang dari arah bertentangan berhampiran bandar Ceske Budejovice, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Jerman dan Austria.

Pasukan kecemasan, termasuk 11 ambulans dan helikopter, dikerahkan ke lokasi kejadian di antara bandar Zliv dan Divcice.

KEMALANGAN kereta api di selatan Republik Czech.

Lima mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital di Ceske Budejovice, lapor CTK memetik kenyataan klinik berkenaan.

Punca kemalangan masih belum diketahui, dan badan kawal selia kereta api telah melancarkan siasatan.

Polis berkata ujian alkohol yang dijalankan ke atas kedua-dua pemandu kereta api adalah negatif.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki cedera ringan dalam kemalangan kendiri di Kampung Bayai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.