Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 47,000 terjejas akibat Lekukan Tropika Verbena, garis ricih di Filipina
  • GLOBAL

Hampir 47,000 terjejas akibat Lekukan Tropika Verbena, garis ricih di Filipina

Utusan Sarawak 3 hours ago
IMEJ satelit menunjukkan awan konvektif Tebal Tropika Verbena, yang membawa hujan lebat dan angin kencang ke beberapa wilayah di Filipina.

MANILA: Hampir 47,000 orang setakat ini terjejas akibat kesan gabungan Lekukan Tropika Verbena dan garis ricih yang sedang berlaku, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Selasa.

Dalam laporan situasi terbaharunya, NDRRMC berkata sejumlah 46,923 individu yang terjejas, bersamaan 15,363 keluarga berasal dari 44 barangay (kampung) di Wilayah 13 (Caraga).

Sehingga pagi Selasa, 485 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan, manakala 14 keluarga lagi menerima bantuan di lokasi lain.

PETA terkini menunjukkan pergerakan Lekukan Tropika Verbena menuju barat laut, dengan hampir 47,000 individu terjejas di wilayah Caraga, Filipina.

Kira-kira 59 pelabuhan di lima wilayah telah menggantung operasi pelayaran berikutan cuaca buruk, menurut NDRRMC.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.

Setakat 7.00 pagi waktu tempatan, Lekukan Tropika Verbena dikesan berada di Canlaon City, Negros Oriental, bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 20 kilometer sejam. Ia mendarat di Talisay, Cebu pada 2.40 pagi.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) telah mengeluarkan Isyarat Angin Siklon Tropika No. 1 di beberapa kawasan berikutan Verbena.- Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Ribut landa Jerman, ragut empat nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.