Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 400 orang jadi korban hujan monsun di Pakistan
  • GLOBAL

Hampir 400 orang jadi korban hujan monsun di Pakistan

Utusan Sarawak 18 hours ago

ORANG ramai mengharungi jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat di Karachi pada 19 Ogos 2025. Foto AFP

ISLAMABAD: Seramai 46 orang terbunuh akibat hujan monsun dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan korban berkaitan hujan di Pakistan meningkat kepada 393 sejak Khamis, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Selasa, lapor Xinhua.

Secara keseluruhan, 706 penduduk Pakistan dilaporkan maut sejak bermulanya musim monsun pada 26 Jun, menurut laporan situasi terkini NDMA.

NDMA menyatakan kebanyakan kematian berlaku akibat rumah dan bumbung yang runtuh selepas hujan lebat, manakala selebihnya berpunca daripada banjir kilat, tanah runtuh, renjatan elektrik serta panahan petir.

ORANG ramai berkumpul berhampiran kediaman yang rosak di daerah Buner yang dilanda banjir di wilayah pergunungan Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan pada 19 Ogos 2025 lalu. Penyelamat dan penduduk meneruskan pencarian, untuk mangsa yang terselamat apabila jumlah kematian akibat hujan lebat selama lima hari meningkat kepada hampir 400, dengan pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat akan berterusan sehingga hujan lebat hujung minggu. Foto AFP

Wilayah Khyber Pakhtunkhwa mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan 427 kematian.

Pihak berkuasa itu turut memaklumkan bahawa hujan monsun menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan harta persendirian di seluruh negara.

Sejak 26 Jun, lebih 2,934 rumah rosak, 1,108 ternakan terkorban, selain 451 kilometer jalan raya dan 152 jambatan turut terjejas, dengan Khyber Pakhtunkhwa serta Kashmir yang ditadbir Pakistan paling teruk terkesan.

Pihak berkuasa memberi amaran hujan berterusan dijangka berlaku dalam beberapa hari mendatang dan menggesa penduduk di kawasan berisiko supaya mengambil langkah berjaga-jaga.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Biola berusia 300 tahun bakal jadi tumpuan di festival muzik UK
Next: Pendaki muda Jerman maut terjatuh dari puncak berhampiran gunung tertinggi Austria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.