Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 1,000 terkandas akibat ribut salji di Tibet, Gunung Everest
  • GLOBAL

Hampir 1,000 terkandas akibat ribut salji di Tibet, Gunung Everest

Utusan Sarawak 3 days ago
GUNUNG EVEREST... Hampir 1,000 orang dilaporkan terkandas di kawasan Tibet berhampiran Gunung Everest selepas ribut salji secara tiba-tiba.

ANKARA: Hampir 1,000 orang dilaporkan terkandas di kawasan Tibet berhampiran Gunung Everest selepas ribut salji secara tiba-tiba menutup laluan masuk dan meruntuhkan khemah-khemah pada hujung minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media rasmi China, semalam.

Pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi menyelamat besar-besaran dengan menghantar ratusan penduduk kampung dan anggota kecemasan untuk membersihkan timbunan salji tebal di kawasan berketinggian lebih 4,900 meter (16,000 kaki) dari paras laut, menurut laporan Shanghai Daily.

Pegawai berkata beberapa individu yang berkhemah menunjukkan tanda-tanda hipotermia.

Ribut yang bermula pada malam Jumaat dan berlarutan hingga Sabtu lalu menyebabkan kawasan sekitar dilitupi salji tebal.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Arab Saudi sahkan semua pemegang visa dibenar tunai umrah
Next: Keluarga terjejas gempa bumi di Filipina kini melebihi 155,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.