LEWIS Hamilton melebarkan keunggulannya dalam kejuaraan pemandu dunia dan semakin menghampiri rekod 91 kemenangan Formula 1, Michael Schumacher, semalam dengan kemenangan Grand Prix Belgium yang tegang.
Pendahulu kejohanan dan juara enam kali mencatatkan kemenangan karier ke-89 beliau dengan satu lagi pemanduan sempurna untuk meraih kemenangan keempat di Belgium, menamatkan perlumbaan 8.448 saat di hadapan rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas.
Ini merupakan kemenangan kelima Hamilton dalam tujuh perlumbaan tahun ini dan melebarkan rekod catatan mata kepada 40.
Max Verstappen menduduki tempat ketiga untuk Red Bull ketinggalan tujuh saat lagi, untuk meraih podium keenam berturut-turut beliau.
Hamilton, yang harus menguruskan keretanya ke garisan penamat dengan tayar usang, mempunyai 157 mata dalam perlumbaan gelaran, 47 mengatasi Verstappen.
Manakala, ‘Black Arrows’ memimpin kejuaraan pembina dengan 264 mata, jauh di hadapan Red Bull dengan 158.
“Ini bukan perlumbaan yang paling mudah.
“Terdapat sedikit pergelutan, namun akhirnya saya rasa ia baik,” ujar Hamilton.
Di Grand Prix Britain pada awal Ogos lalu, Hamilton bertahan untuk mencatat kemenangan setelah salah satu tayarnya pecah.
“Saya bimbang kita akan mempunyai senario seperti Silverstone, tetapi tayar kelihatan seperti mempunyia baki sedikit getah di garisan penamat,”katanya.
Bottas mengakui tidak dapat menandingi rentak rakan sepasukannya.
“Permulaannya merupakan peluang yang baik, tetapi Hamilton memainkannya dengan sangat baik dan saya tidak dapat mengejarnya.
“Di dalam kereta yang sama, dengan Hamilton memandu perlumbaan tanpa cela, itu sangat sukar.”
Daniel Ricciardo menghasilkan pusingan terpantas di pusingan terakhir ketika dia menduduki tempat keempat di hadapan rakan sepasukan Renault, Esteban Ocon, dan Alex Albon, di Red Bull kedua.
Lando Norris berada di tempat ketujuh dengan McLaren.
Pierre Gasly menduduki tempat kelapan untuk Alpha Tauri di hadapan Racing Points of Lance Stroll dan Sergio Perez.
Terdahulu, pemenang tahun lalu Charles Leclerc berada di tangga ke-14, satu tempat di belakang rakan sepasukan Ferrari, Sebastian Vettel. – AFP