Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hamas setuju pelan damai, gesa pastikan Israel laksanakannya
  • GLOBAL

Hamas setuju pelan damai, gesa pastikan Israel laksanakannya

Utusan Sarawak 3 weeks ago
(GAMBAR FAIL) Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada sidang media bersama di Bilik Jamuan Negara, White House, Washington, DC pada 29 September 2025. Foto AFP

ISTANBUL: Kumpulan Palestin Hamas pada awal Khamis mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, sambil menghargai usaha beliau bersama Turkiye, Qatar dan Mesir, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Hamas mengumumkan bahawa satu persetujuan telah dicapai yang merangkumi penamatan serangan di Gaza, pengunduran tentera Israel, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tahanan,” menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan di Telegram.

“Kami amat menghargai usaha negara-negara pengantara di Qatar, Mesir dan Turkiye. Kami juga memuji usaha Presiden AS Donald Trump yang bertujuan menamatkan konflik secara menyeluruh serta memastikan pengunduran sepenuhnya tentera pendudukan Israel dari Semenanjung Gaza,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu turut ditujukan kepada negara-negara penjamin perjanjian gencatan senjata serta pelbagai negara Arab dan Islam dan pihak antarabangsa, termasuk Trump,dengan menyeru supaya tekanan diberikan ke atas Israel untuk memenuhi tanggungjawab yang termaktub dalam perjanjian itu.

“Kami menegaskan bahawa pengorbanan rakyat kami tidak akan sia-sia, bahawa kami akan terus berpegang pada janji kami, dan tidak akan sekali-kali melepaskan hak-hak kebangsaan kami seperti hak untuk kebebasan, kemerdekaan dan penentuan nasib sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan Hamas itu dibuat sejurus selepas Trump mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah mempersetujui fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh AS.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Hadiah Nobel Kimia dianugerahkan kepada tiga ahli sains hasilkan kerangka logam-organik
Next: Ketua PBB sambut baik perjanjian gencatan senjata, pembebasan tawanan di Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.