Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Halal bukan sekadar label, ia simbol kepercayaan – PM Anwar
  • NASIONAL

Halal bukan sekadar label, ia simbol kepercayaan – PM Anwar

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketiga, kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kedua, kiri) pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Industri halal kini telah berkembang melangkaui sektor makanan dan minuman merangkumi ekosistem yang lebih menyeluruh seperti penjagaan kesihatan, farmaseutikal, kosmetik, pelancongan dan kewangan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata sektor halal mencerminkan komitmen yang lebih luas terhadap integriti, etika dan nilai berasaskan kepercayaan sekali gus menjadikan Halal sebagai simbol kepercayaan antarabangsa serta penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Halal bukan sekadar satu label. Ia adalah contoh amalan terbaik tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan dakwah, menyampaikan mesej melalui tindakan, akhlak serta keyakinan kita terhadap integriti dan akauntabiliti,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri berkata perkhidmatan dan produk halal kian mendapat sambutan di peringkat global termasuk negara bukan Islam seperti China, hasil usaha berterusan selama beberapa dekad serta permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Beliau berkata hampir 10,000 syarikat dengan lebih 80 peratus daripadanya adalah perusahaan kecil dan sederhana telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Anwar juga berkata pensijilan halal Malaysia kini telah didaftarkan serta diiktiraf oleh hampir 50 negara dan Jakim menjalinkan kerjasama dengan lebih 80 badan akreditasi di 45 negara yang mencerminkan penerimaannya di peringkat global.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan terus memposisikan industri halal sebagai model ekonomi sejagat dalam setiap misi perdagangan dan penglibatan dua hala secara aktif tanpa mengira sama ada negara terbabit mempunyai majoriti penduduk beragama Islam atau sebaliknya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Semak MyKad anda untuk manfaat subsidi petrol RM1.99 – Saifuddin Nasution

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.