Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hakim ‘paling baik di dunia’ Frank Caprio meninggal dunia akibat kanser
  • GLOBAL

Hakim ‘paling baik di dunia’ Frank Caprio meninggal dunia akibat kanser

Utusan Sarawak 12 hours ago
HAKIM Frank Caprio, yang memenangi media sosial dengan kebaikannya, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun selepas bertarung dengan kanser pankreas.

WASHINGTON:  Frank Caprio, hakim Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai ‘hakim paling baik di dunia’ kerana kerjayanya yang penuh dengan sifat belas kasihan, meninggal dunia akibat kanser pankreas, lapor Anadolu Ajansi pada Rabu.

Menurut satu hantaran di akaun Instagramnya, hakim mahkamah perbandaran Rhode Island itu menghembuskan nafas terakhir selepas ‘perjuangan panjang menentang kanser pankreas.’

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut tarikh sebenar kematiannya.

“Dikenang kerana sifat belas kasihan, rendah hati dan keyakinannya terhadap kebaikan manusia, Hakim Caprio telah menyentuh kehidupan jutaan orang menerusi kerjayanya di mahkamah dan di luar.

“Beliau akan dikenang bukan sahaja sebagai hakim yang dihormati, tetapi juga sebagai suami, bapa, datuk, moyang serta sahabat yang penyayang.

“Legasi beliau akan terus hidup melalui pelbagai amalan kebaikan yang diilhamkannya. 

“Demi menghormatinya, semoga kita berusaha menambah sedikit lagi sifat belas kasihan dalam dunia ini, seperti yang dilakukannya setiap hari,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, Caprio sempat berkongsi sebuah video dari katil hospitalnya, mengucapkan terima kasih kepada para pengikut atas doa mereka sambil mengakui berlaku “kemerosotan” dalam perjuangannya melawan penyakit itu.

Caprio mula dikenali menerusi rancangan ‘Caught in Providence’ yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy. 

Rancangan itu disiarkan dari 2018 hingga 2020. Dalam program berkenaan, beliau mengendalikan pelbagai kes kesalahan ringan dengan pendekatan seperti seorang bapa penyayang, sering memperlihatkan sikap penuh belas kasihan terhadap defendan.– Bern

Continue Reading

Previous: Saintis Australia temukan fosil tiga marsupial karnivor yang tidak diketahui sains
Next: Penyanyi ditembak mati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.