Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hakim Danish raih kemenangan pertama musim ini di Aragon
  • SUKAN

Hakim Danish raih kemenangan pertama musim ini di Aragon

Utusan Sarawak 6 hours ago
PELUMBA muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mengulangi pencapaian musim lepas apabila menjuarai perlumbaan kedua pusingan ketiga MotoGP saingan Rookies Cup di MotorLand Aragon, Sepanyol hari ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mengulangi pencapaian musim lepas apabila menjuarai perlumbaan kedua pusingan ketiga MotoGP saingan Rookies Cup di MotorLand Aragon, Sepanyol hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan itu merupakan kemenangan beliau yang pertama musim ini dan juga penamat podium kedua di pusingan ketiga buat dirinya selepas menamatkan perlumbaan pertama di tempat kedua semalam.

Pada perlumbaan kedua hari ini, pelumba berusia 17 tahun yang bermula di petak ketujuh itu berjaya memintas satu demi satu lawannya dan terus cemerlang menampilkan tunggangan memukau pada dua pusingan terakhir untuk memenangi perlumbaan dengan catatan 26 minit 52.773 saat (s).

Pelumba Sepanyol, Brian Uriarte terpaksa akur di tempat kedua selepas hanya dibezakan 0.188 saat (s) manakala rakan senegaranya David Gonzalez meraih tempat ketiga dengan catatan 26 minit 52.968s.

“Ya, akhirnya kami meraih P1. Perlumbaan tadi sangat hebat untuk hari ini dan agak sukar…Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada penaja saya dan keluarga dan semua rakan saya yang menyokong saya dan selamat hari raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia,” katanya sejurus selepas perlumbaan.

Kemenangan yang diraih Hakim Danish menyaksikan anak jati Terengganu itu melebarkan kedudukan pendahulu dengan mengumpul 125 mata, mempunyai kelebihan 30 mata berbanding Uriarte di tempat kedua.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Mugello Itali pada 21 dan 22 Jun ini.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Komitmen Sarawak perkasa komuniti pekak, latihan bahasa isyarat diperluas
Next: Special Olympics: Skuad Bola Keranjang 3X3 sasar kedudukan podium di Switzerland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.