Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hak minyak, gas Sarawak terus diperjuang, rakyat digesa padu sokong perjuangan GPS
  • SEMASA

Hak minyak, gas Sarawak terus diperjuang, rakyat digesa padu sokong perjuangan GPS

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Majlis Makan Malam Awal Tahun Biro Kemasyarakatan dan Sosial Wanita PBB Lingga yang diadakan di sini, malam tadi. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa perjuangan menuntut hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya melibatkan sumber minyak dan gas, kekal menjadi agenda utama yang tidak akan dikompromi.

​Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, usaha mengembalikan hak yang selama ini terabai merupakan perjuangan berterusan yang memerlukan ketabahan tinggi.

​Menurut beliau, kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, adalah ‘senjata’ utama dalam berhadapan dengan Kerajaan Persekutuan.

​”Kita berhadapan dengan cabaran Kerajaan Persekutuan yang kuat. Oleh itu, sokongan padu rakyat Sarawak amat penting bagi memudahkan proses rundingan. 

“Jika kita bersatu hati di peringkat akar umbi, sukar bagi pihak luar untuk mengganggu kestabilan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Awal Tahun Biro Kemasyarakatan dan Sosial Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, malam tadi.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Majlis Makan Malam Awal Tahun Biro Kemasyarakatan dan Sosial Wanita PBB Lingga yang diadakan di sini, malam tadi. Foto Adi Safarman

Dalam ucapannya, Sharifah Hasidah turut menyentuh kejayaan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam melonjakkan prestasi kewangan negeri ke tahap yang membanggakan.

Menurut beliau, pendapatan Sarawak telah mencatat peningkatan luar biasa apabila mencecah RM14.2 bilion pada tahun lalu, berbanding sekitar RM4 bilion hingga RM6 bilion pada era terdahulu. 

Peningkatan ketara ini membuktikan keupayaan kepimpinan negeri dalam mengurus hasil dan sumber secara berhemah serta berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, hasil pendapatan tersebut telah dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelaksanaan pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jalan pesisir, jambatan penghubung serta penambahbaikan infrastruktur asas bagi meningkatkan kesalinghubungan, khususnya di kawasan luar bandar. 

Selain itu, pembangunan kemudahan awam seperti dewan komuniti, padang futsal dan projek berskala kecil turut dilaksanakan, termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Dalam aspek kebajikan sosial pula, Sharifah Hasidah berkata kerajaan Sarawak terus komited membantu rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk peningkatan bantuan Skim Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada RM900, pemberian bantuan ibu bersalin serta insentif kelahiran sebanyak RM1,000 bagi setiap anak Sarawak yang dilahirkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa menjelang tahun ini, anak-anak Sarawak yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, dan Kolej Universiti i-CATS akan menikmati pendidikan tinggi secara percuma, selain peluang mengikuti latihan teknikal tanpa bayaran di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh rakyat Sarawak agar terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Premier Sarawak bagi memastikan kesinambungan pembangunan, kestabilan politik serta kemakmuran negeri dapat dipertahankan demi generasi akan datang.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor; Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Premier Sarawak, Datuk Bujang Helmi Hazemi; Timbalan Ketua Cawangan PBB Lingga, Suhaidi@Roslan Los; Ketua Wanita PBB Lingga, Sapiah Drahman dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Lingga, Abdul Rahim Jamil.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu kaum, agama dan institusi diraja
Next: MA63 asas pembentukan Malaysia, bukan retorik politik – Pemuda PRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.