Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hajiji bertemu wakil rakyat kerajaan petang ini
  • NASIONAL

Hajiji bertemu wakil rakyat kerajaan petang ini

Utusan Sarawak 3 days ago
KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di Menara Kinabalu di sini, pada 2.00 petang ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di Menara Kinabalu di sini, pada 2.00 petang ini.

Perkara berkenaan disahkan Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi jemputan liputan media dikeluarkan hari ini.

“Perjumpaan diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu,” menurut jemputan liputan media itu.

Terdahulu, kenderaan yang membawa ketua menteri dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu pada 8.51 pagi, diikuti kenderaan membawa yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada 9.20 pagi.

Kenderaan Hajiji kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Kinabalu kira-kira 10.20 pagi.

Petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan, manakala di Menara Kinabalu kumpulan media mula berada di lokasi seawal 9 pagi bagi membuat persiapan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Projek kritikal, kos sara hidup dijangka tumpuan Belanjawan 2026 – Fadillah
Next: PM beri amaran keras kepada Tiong dan MOTAC berhubung isu arak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.