Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Hailey Bieber sindir dakwaan obses dengan Selena Gomez
  • HIBURAN

Hailey Bieber sindir dakwaan obses dengan Selena Gomez

Utusan Sarawak 11 hours ago

HAILEY Bieber nafi dakwaan mengintip Selena Gomez.

LOS ANGELES: Hailey Bieber akhirnya bersuara mengenai dakwaan dirinya obses dengan Selena Gomez menerusi satu video bersama Vogue yang kini tular di media sosial.

Dalam segmen video “What’s in My Bag”, isteri kepada Justin Bieber itu secara bersahaja menunjukkan beberapa telefon bimbit dan berkata dia menggunakannya untuk “melayari secara anonim, komen, stalking dan buat akaun palsu.”

Kenyataan sinis tersebut dilihat sebagai respons terhadap teori konspirasi peminat yang menuduh Hailey menggunakan akaun palsu untuk memantau Selena, bekas kekasih suaminya.

Video itu mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya selepas dokumentari buatan peminat di TikTok mendakwa Hailey telah meniru gaya dan kehidupan Selena selama bertahun-tahun.

Hailey dan Justin telah berkahwin sejak 2018, manakala Selena kini bertunang dengan penerbit muzik Benny Blanco. -Agensi

Continue Reading

Previous: Filem Bollywood ‘DDLJ’ terus mencuri hati selepas 30 tahun
Next: Rahim Razali simpan hasrat hasilkan filem baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.