Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hadkan pekerja asing jejaskan operasi industri
  • BISNES

Hadkan pekerja asing jejaskan operasi industri

Utusan Sarawak 5 years ago
HADKAN pekerja asing kepada tiga sektor iaitu pembinaan, pertanian dan perladangan akan menjejaskan operasi industri di sektor lain berusaha keras untuk pulih daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata, keputusan kerajaan untuk mengehadkan pekerja asing kepada tiga sektor – pembinaan, pertanian dan perladangan akan menjejaskan operasi industri di sektor lain yang berusaha keras untuk pulih daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata sektor yang tidak mengambil pekerja asing akan menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, ia akan menjejakan operasi mereka.

“Kerajaan tidak membincangkan perkara yang melibatkan perubahan dasar dengan pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Semalam, Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pekerja asing bekerja di sektor pembinaan, pertanian dan perladangan manakala pekerjaan di sektor lain harus diisi oleh pekerja tempatan.

Bagaimanapun, MEF berkata kurang daripada 42 peratus (837,800) bekerja di sektor pembinaan, pertanian dan perladangan daripada dua juta pekerja asing yang berdaftar dengan selebihnya bekerja dalam sektor pembuatan (sekitar 700,000), perkhidmatan (sekitar 309,000) dan pekerja domestik (kira-kira130,000).

Shamsuddin berkata persoalan utama yang harus dijawab oleh kerajaan adalah adakah rakyat tempatan yang menganggur bersedia mengambil pekerjaan tersebut setelah pekerja asing daripada sektor ekonomi lain dihantar pulang.

“Semua orang tahu bahawa pekerja asing hanya dibenarkan untuk diambil bekerja setelah majikan membuktikan bahawa tidak ada pekerja tempatan yang tersedia untuk mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata penghapusan pekerja asing mungkin dilakukan jika dilakukan secara berperingkat dan sekiranya rakyat tempatan bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang diisi pekerja asing sebelum ini.

“Tetapi ia adalah sesuatu yang mustiahil untuk mengharapkan rakyat tempatan mengisi jawatan kosong yang diisi pekerja asing sebelum ini pada kadar yang pantas,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Axiata, Telefónica bekerjasama dalam segmen perusahaan
Next: Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.