Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hadiah Nobel Kimia dianugerahkan kepada tiga ahli sains hasilkan kerangka logam-organik
  • GLOBAL

Hadiah Nobel Kimia dianugerahkan kepada tiga ahli sains hasilkan kerangka logam-organik

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR ini diambil pada 8 Oktober 2025 menunjukkan skrin gambar pemenang Hadiah Nobel Kimia 2025, Dari kiri ke kanan Susumu Kitagawa (Jepun), Richard Robson dan Omar M Yaghi (AS-Jordan) yang dilahirkan di UK, pada sidang akhbar di Akademi Sains Diraja Sweden di Stockholm, Sweden, semalam. Foto AFP

BERLIN: Hadiah Nobel Kimia tahun ini dianugerahkan kepada Susumu Kitagawa, Richard Robson dan Omar M. Yaghi atas pembangunan kerangka logam-organik (MOF), menurut Akademi Sains Diraja Sweden pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerangka itu mengandungi ruang yang membolehkan gas dan bahan kimia mengalir melaluinya, sekali gus berpotensi digunakan bagi mengekstrak air daripada udara gurun, penangkapan karbon serta penyimpanan gas beracun, sebagai contoh.

Kitagawa, 74, dari Universiti Kyoto di Jepun; Robson, 88, warga Britain yang berkhidmat di Universiti Melbourne; dan Yaghi, 60, warga Jordan di Universiti California, Berkeley, telah membangunkan bentuk baharu seni bina molekul, menurut akademi itu.

“Dalam struktur mereka, ion logam berfungsi sebagai batu sudut yang dihubungkan oleh molekul organik panjang berasaskan karbon. Gabungan ion logam dan molekul ini tersusun membentuk kristal yang mengandungi rongga besar,” menurut kenyataan akademi itu.

“Bahan berliang ini dikenali sebagai kerangka logam-organik (MOF). Dengan mempelbagaikan blok binaan dalam MOF, ahli kimia dapat mereka bentuk bahan untuk menangkap dan menyimpan bahan tertentu,” katanya.

Kerangka ini juga mampu memacu tindak balas kimia atau mengalirkan elektrik, katanya lagi.

“Kerangka logam-organik mempunyai potensi besar, membuka peluang baharu bagi penghasilan bahan yang ditempah khas dengan fungsi inovatif,” kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel bagi Kimia, Heiner Linke.

Ketiga-tiga pemenang akan berkongsi hadiah bernilai 11 juta kronor Sweden (kira-kira AS$1.17 juta).- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Taufan Matmo ragut 8 nyawa di Vietnam
Next: Hamas setuju pelan damai, gesa pastikan Israel laksanakannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.