Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hadiah mewah, pemain golf gagal raih hadiah lumayan ‘hole-in-one’
  • SUKAN

Hadiah mewah, pemain golf gagal raih hadiah lumayan ‘hole-in-one’

Utusan Sarawak 10 hours ago

Rakaman gambar kenangan pemain golf PUSAKA 2025, di Kelab Golf Sarawak.

PETRA JAYA: Di sebalik hadiah mewah kereta Perodua Axia dan Bezza selain jam tangan Rolex, peserta Kejohanan PUSAKA Golf edisi ke-31 gagal untuk meraih rezeki lumayah itu.

Tiada siapa bertuah melakukan ‘hole-in-one’ atau permainan selubang pada kejohanan anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) itu yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak di sini hari ini.

Bagi permainan golf, pukulan ‘hole-in-one’ lebih cenderung kepada nasib semata-mata dan amat jarang berlaku.

Hadiah untuk permainan selubang itu ditawarkan untuk Lubang 8 Matang bagi hadiah Perodua Bezza 1.0GX (AT) bernilai RM40,000 selain hadiah set teater rumah atau wang tunai RM15,000 di Lubang 17 Santubong dan Lubang 17 Demak tajaan Saratim Insurance Agency Services Sdn Bhd.

Hadiah lain termasuk jam tangan Rolex atau wang tunai RM15,000 di Lubang 14 Santubong 14 dan Lubang 4 Siol tajaan Leong Adjustment Sdn Bhd, manakala pakej percutian luar negara atau wang tunai RM15,000 di Lubang 3 Matang dan Lubang 6 Siol ditaja oleh MSM International Adjuster (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun, mereka tetap meraihkan beberapa hadiah sampingan untuk kategori pukulan paling jauh, paling dekat lubang dan paling dekat di garisan.

Seramai 228 peserta terdiri daripada VIP, jemputan khas, anak syarikat, kakitangan PUSAKA serta pemain kategori terbuka lelaki dan wanita menyertai kejohanan sehari itu.

Kategori terbuka lelaki (net) dimenangi Mohamad Jahney Hamped dengan handicap 14, 63 mata; diikuti Sim Geok Hock (handicap 8, 64 mata) dan Loh Soon Kee (handicap 22, 66 mata).

Kategori terbuka wanita (net) pula dimenangi Myra Lisa Mohamad Morhadie dengan handikap 14, 72 mata (OCB – on count back atau kiraan semula setelah mata terikat), diikuti Siaw Ai Lin (hadicap 27, 72 mata OCB) dan Rebecca Siw Siaw Ling (hadicap 13, 72 mata).

Sementara itu, Pengurus Besar Pusaka, Zainal Abidin Abdullah, berkata PUSAKA Golf bukan sekadar aktiviti riadah, sebaliknya telah menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan industri serta menggalakkan semangat kesukanan.

“PUSAKA Golf kini menjadi asas kepada rasa hormat, persahabatan dan komitmen bersama terhadap pertumbuhan mampan industri perkayuan Sarawak.

“Nilai yang diterapkan melalui sukan golf seperti disiplin, kesabaran dan integriti boleh diaplikasikan dalam kerjaya serta kehidupan seharian,” katanya berucap di majlis penyampaian hadiah.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Undian Piala Dunia 2026 diadakan 5 Dis di Washington
Next: ‘Uncle Marc’ jadi buruan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.