Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hadiah lumayan ditawarkan sempena Pertandingan Memancing Gawai di Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Hadiah lumayan ditawarkan sempena Pertandingan Memancing Gawai di Saratok

Utusan Sarawak 14 hours ago
PENGANJURAN pertandingan memancing edisi pertama baru-baru ini. -Foto SGB Sungai Brangan

SARATOK: Sambutan Hari Gawai di Saratok pada tahun ini dilihat akan disambut dengan lebih meriah berbanding tahun sebelumnya.

Ini ekoran penganjuran beberapa pertandingan oleh komuniti setempat, termasuk Pertandingan Memancing Game Santai Gawai Kolam SGB yang akan berlangsung pada 8 Jun depan.

Pemilik Kolam Memancing SGB Sungai Brangan, Kaunselor Stephen Arin Lutek berkata keputusan untuk kembali menganjurkan pertandingan tersebut dalam waktu yang singkat selepas edisi pertama bulan Mei lepas adalah daripada permintaan orang ramai dari luar dan dalam Daerah Saratok.

“Seperti yang semua tahu, kita baharu sahaja selesai menganjurkan pertandingan yang serupa pada bulan Mei lepas dan ternyata sambutannya amat mengalakkan.

“Maka, diatas permintaan daripada orang ramai sekitar dan luar Saratok, kini kita kembali dengan Pertandingan Game Santai Gawai Kolam SGB,” katanya kepada media hari ini.

Tambahnya, terdapat perbezaan pada pertandingan kali ini dengan penyertaan adalah dihadkan kepada 428 joran sahaja.

“Jumlah penyertaan pada pertandingan kali ini kita hadkan kepada 428 joran sahaja yang mana hanya membabitkan Kolam A sahaja dengan tempoh pertandingan daripada 10.00 pagi sehingga 2.00 petang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kategori khas ikan terberat empat kilogram (kg) dan lima kg turut diadakan dengan pemenang akan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM500 bagi setiap kategori.

“Seperti pada edisi sebelum ini, kita juga turut mengadakan kategori khas ikan terberat atau dikenali sebagai ‘Jackpot’ bagi ikan terberat empat dan lima kg.

“Pemenang bagi kedua-dua kategori ini kelak akan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM500,” jelasnya.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM14,000 itu, boleh berhubung dengan Grand menerusi 010-8981677 untuk sebarang pertanyaan. Manakala, Raymond dan Gary ditalian 013-6834063 dan 012-8453808 untuk urusan pendaftaran.

Sementara, bagi mereka yang ingin membuka gerai makanan atau minuman dan sebagainya amat dialu-alukan dengan yuran sebanyak RM20 dikenakan untuk satu gerai.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa ditangkap dalam reban ayam di Simanggang
Next: Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor bantu mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.