Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hadiah lebih RM10,000 taruhan Kejohanan Badminton Tertutup Dayak Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Hadiah lebih RM10,000 taruhan Kejohanan Badminton Tertutup Dayak Sarawak 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
KEJOHANAN Badminton Tertutup Dayak Sarawak 2025 bagi merebut Piala YB Datuk Dr. Penguang Manggil. Foto Pemuda PDP Marudi

MIRI: Kejohanan Badminton Tertutup Dayak Sarawak 2025 yang bakal berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober di Dewan Tung Sport, Miri, menjanjikan persaingan sengit dengan tawaran hadiah keseluruhan melebihi RM10,000 beserta trofi dan pingat.

Pertandingan yang mempertaruhkan Piala YB Datuk Dr Penguang Manggil itu dianjurkan oleh Pemuda PDP Marudi bersama Pemuda PDP Nasional, sekali gus menjadi medan mencungkil bakat baharu dan memperkukuh silaturahim masyarakat Dayak.

Penyelaras kejohanan, Belayong Robert Ubong berkata tawaran hadiah yang lumayan menjadi antara tarikan utama edisi kali ini.

“Juara kategori berpasukan lelaki akan membawa pulang RM3,500 beserta piala dan pingat. Sementara itu, kategori beregu wanita individu dan beregu lelaki tertutup masing-masing menawarkan hadiah RM800 untuk juara,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan iaitu Berpasukan Lelaki Dayak Terbuka (Bergu Lelaki 30, Bergu Veteran 90, dan Bergu Lelaki Terbuka).

Selain itu, Beregu Wanita Dayak (Individu) terbuka tanpa had umur, manakqla Beregu Lelaki Dayak Tertutup (DUN Marudi) khas untuk peserta bermastautin di Marudi.

Pengerusi Pertandingan, Donny Joseph menegaskan penganjuran ini bukan sahaja medan pertandingan, tetapi juga usaha memperkukuh perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia Dayak.

Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 12 Oktober 2025, dengan yuran penyertaan RM350 bagi kategori berpasukan lelaki, manakala RM100 untuk kategori beregu wanita individu dan beregu lelaki tertutup.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Immanuel Jose (012-5776195) atau Belayong Robert Ubong (013-8825003) untuk maklumat lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pendekatan teknologi alternatif strategi Sarawak perluas akses air bersih
Next: Projek Tebingan Sri Aman bakal tarikan ikonik baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.