Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Had umur belia: Bantuan kepada golongan muda 30 tahun ke atas diteruskan
  • SEMASA

Had umur belia: Bantuan kepada golongan muda 30 tahun ke atas diteruskan

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Semua bantuan kerajaan kepada golongan muda berumur 30 tahun ke atas akan diteruskan walaupun pindaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, berkata Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum Penyelarasan Sokongan dan Bantuan Kerajaan kepada Belia Pasca Penguatkuasaan Penurunan Had Umur, yang dibentangkan kementerian itu pada mesyuarat Kabinet Jumaat lepas.

“Walaupun mereka tidak lagi dikategorikan sebagai belia, kita akan pastikan bantuan tetap sampai. Contohnya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai pelbagai geran untuk golongan muda 30 tahun ke atas, dan mereka masih boleh memohon dana ini.

“Dalam sektor pertanian pula, geran-geran khas untuk petani muda akan dikekalkan bagi membantu golongan tersebut,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai langkah peralihan yang diambil kementerian bagi memastikan golongan rentan berumur 31 hingga 40 tahun terus menerima sokongan melalui program sedia ada di bawah kementerian dan agensi kerajaan.

Penurunan had umur belia kepada 30 tahun dilakukan susulan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sehari selepas PRN Sabah, GRS terus terima sokongan daripada beberapa parti
Next: Hajiji dijangka adakan sidang media pelantikan Menteri Kabinet Sabah petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.