Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Had umur belia 30 tahun kekal, Sarawak tidak terikat
  • SEMASA

Had umur belia 30 tahun kekal, Sarawak tidak terikat

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bercakap kepada media pada Majlis Pembukaan Asia Pickleball Summit 2025 di One World Hotel hari ini. Foto BERNAMA

PETALING JAYA:  Kerajaan Persekutuan tetap dengan pendirian untuk menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula 1 Januari 2026 selaras pindaan yang diluluskan Parlimen pada 2019, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Bagaimanapun beliau berkata Sarawak tidak terikat dengan perubahan itu kerana badan belia utamanya, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

“Untuk had umur belia ini, kerajaan telah buat keputusan, tahun 2019 Parlimen telah luluskan undang-undang. Kemudian kita telah tangguh dua kali sebelum ini dan ini bermaksud sekarang ini kita dalam tempoh penangguhan tahun ketiga. 

“Sarawak ada pertubuhan belia mereka iaitu SABERKAS dan tidak berdaftar di ROY. SABERKAS berdaftar di ROS (jadi) memang dia tak perlu ikut. Bawah ROS tak ada had umur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pickleball Asia 2025 di sini, hari ini. 

Hannah menegaskan bahawa pindaan umur belia kepada 30 tahun adalah langkah yang selaras dengan trend global yang semakin menumpukan kepada golongan muda.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini berkata Sarawak mempunyai kuasa untuk menetapkan had umur belia di peringkat negeri, 

Negeri itu juga tidak bercadang untuk mengikuti ketetapan kerajaan Persekutuan dan mengekalkan had umur belia antara 15 hingga 40 tahun.– Bernama

Continue Reading

Previous: NAS berupaya jana ekonomi RM2 bilion, cipta 2,000 pekerjaan – Fahmi
Next: Tengku Zafrul bentang hala tuju strategik BAM hujung Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.