Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  •  “Habis semua barang, rumah rosak teruk… saya tak tahu nak buat apa”
  • TEMPATAN

 “Habis semua barang, rumah rosak teruk… saya tak tahu nak buat apa”

Utusan Sarawak 4 months ago

Dato Sri Fatimah Abdullah meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempakan di PPS Asyakirin, Bintulu, hari ini.

BINTULU: “Habis semua barang, rumah rosak teruk… saya tak tahu nak buat apa”.

Demikian luahan salah seorang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Asyakirin yang mengalami tekanan emosi selepas kehilangan hampir segala-galanya dalam bencana itu.

Menyedari kesan psikologi yang dialami oleh mangsa, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah mengarahkan pasukan kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk turun padang membantu mereka menguruskan tekanan emosi.

“Kerisauan itu nyata. Ada yang hilang tempat tinggal, harta benda habis rosak, mereka tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula. 

“Kaunselor kita akan membantu mereka berkongsi perasaan dan mencari jalan keluar,” katanya ketika meninjau keadaan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Asyakirin, di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, kerajaan kini sedang mengumpul data mengenai tahap kerosakan rumah dan jumlah mangsa yang berpindah serta mereka yang kekal di rumah masing-masing untuk merangka bantuan susulan.

“Bantuan bukan hanya dalam bentuk makanan dan keperluan asas, tetapi juga sokongan emosi. 

“Kita tidak mahu mereka berasa keseorangan dalam menghadapi musibah ini,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Abang Johari kunjungi rumah Dato K.H Wong sempena Tahun Baharu Cina
Next: Banjir: Rumah panjang Malo seakan ‘pulau’ dikelilingi air hampir sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.