Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Hab Inovasi Digital Sibu pemacu utama pembangunan keusahawanan digital Sarawak
  • TEKNOLOGI

Hab Inovasi Digital Sibu pemacu utama pembangunan keusahawanan digital Sarawak

Utusan Sarawak 20 hours ago
KENANGAN…..Sayed Azmee Wan Junaidi merakam kenangan bersama para peserta Festival Siri Sandbox 2025.

SIBU: Hab Inovasi Digital (DIH) Sibu menjadi pemacu utama dalam menggalakkan pembangunan keusahawanan digital berdaya saing dan moden selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, DIH Sibu yang merupakan bahagian dalam ekosistem besar Sarawak Digital yang menjadi fungsi utama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) akan terus membangun ekonomi digital di wilayah Sarawak agar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dapat direalisasikan sebelum 2030.

“Dalam ekosistem Sarawak Digital ini, DIH Sibu bersama dengan pemangkin dan pemacu ekonomi digital lain seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan banyak lagi.

“Perkara ini bagi mengalakkan transformasi ekonomi Sarawak agar usahawan-usahawan tempatan mampu didukung, diubah dan diangkat seperti di negeri-negeri lain mahupun di Semenanjung yang berubah ke arah transformasi digital dan penggunaan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan dan internet,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi yang menyempurnakan Majlis Penutupan Festival Siri Sandbox 2025, hari ini.

PERASMIAN…..Sayed Azmee Wan Junaidi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Festival Siri Sandbox 2025, hari ini.

Katanya, program dan inisiatif seperti program Sandbox 2025 diharap dapat diteruskan dan dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan di Sarawak dan Sibu agar dapat dibangun dengan lebih baik dan efektif dalam mencapai tujuan dan misi Sarawak seperti yang digariskan di PCDS 2030. 

Beliau amat menghargai usaha dan inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak melalui SDEC dan DIH Sibu dan juga hab-hab lain mahupun rakan-rakan strategik di dalam ekosistem digital ini.

“Kami di pihak kerajaan akan terus mendukung pelaksanaan seperti ini tahun-tahun yang akan datang agar Sarawak benar-benar maju dari segi ekonomi digital,” kata beliau.

Beliau berharap para usahawan dan semua peserta program mendapat manfaat sekali gus memberi manfaat kepada ekonomi Sarawak secara amnya dengan kemajuan dan pembangunan perniagaan masing-masing dalam digitalisasi dan berteknologi tinggi. 

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Era guna kata laluan mungkin berakhir kerana faktor keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.