Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hab halal pertama Sibu perkukuh ekonomi tempatan
  • WILAYAH

Hab halal pertama Sibu perkukuh ekonomi tempatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERASMIAN… Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayeed Azmee Wan Junaidi (tujuh kanan) mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee menyempurnakan Majlis Penyalaan Lampu Hab Halal di Taman Selera Harmoni, semalam.

SIBU: Penubuhan hab halal pertama di Sibu yang terletak di Taman Selera Harmoni merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan ekonomi setempat serta membuka peluang kepada usahawan tempatan menceburi industri halal yang semakin berkembang di peringkat global.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal semakin meningkat dan turut mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana piawaiannya dikaitkan dengan kebersihan, keselamatan serta kualiti produk.

Menurutnya, kewujudan hab halal pertama di Sibu berpotensi menjadi platform penting bagi mempromosikan produk tempatan ke pasaran yang lebih luas di samping membantu usahawan mengembangkan perniagaan berasaskan halal.

“Selain membuka peluang kepada usahawan tempatan, hab ini juga diharapkan dapat menjadi pusat kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pematuhan terhadap piawaian halal.

“Dengan adanya inisiatif seperti ini, keyakinan pengguna terhadap produk tempatan dapat diperkukuhkan sekali gus meningkatkan daya saing usahawan tempatan di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayeed Azmee Wan Junaidi pada Majlis Penyalaan Lampu Hab Halal di Taman Selera Harmoni, semalam.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, komuniti serta para usahawan amat penting bagi memastikan kejayaan dan kelestarian pembangunan industri halal di kawasan tersebut.

Beliau menggesa para usahawan tempatan agar merebut peluang yang ada dengan meningkatkan inovasi, kualiti produk serta memperluaskan rangkaian perniagaan dalam industri halal.

“Diharapkan hab halal ini akan terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat di Sibu pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, hab halal itu diharap menjadi pemangkin pembangunan usahawan tempatan selain meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap piawaian halal.

Katanya, MPS sentiasa komited menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan komuniti serta ekonomi setempat.

“Diharapkan hab halal ini akan terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang ekonomi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan Sibu sebagai bandar yang progresif, inklusif dan berdaya saing,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pasar dan Penjaja Runcit MPS, Kaunselor Jenny Ting, Kaunselor Shirley Ling, Kaunselor Raden Khairulzaman Raden Bustari dan Kaunselor Christopher Kelebit Ansa.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 211 keluarga Bukit Saban terima Skim Tanaman Sawit Baharu
Next: Majlis Iftar Jamaie Sibu Jaya eratkan perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.