Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Guterres mahu lawat Hiroshima tahun depan
  • GLOBAL

Guterres mahu lawat Hiroshima tahun depan

Utusan Sarawak 5 years ago
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

TOKYO: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan harapan untuk mengunjungi bandar Hiroshima tahun depan, yang musnah akibat pengeboman nuklear Amerika Syarikat 75 tahun yang lalu, lapor agensi berita Sputnik.

“Saya berharap dapat ke Hiroshima tahun depan,” Guterres berkata kepada media Jepun dalam satu sidang media maya, seperti yang dipetik agensi berita Kyodo.

Beliau turut melahirkan rasa terkilannya kerana tidak dapat mengunjungi Hiroshima tahun ini disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya ingin menyatakan kepada hibakusha (mereka yang terselamat dan terjejas dalam pengeboman Hiroshima), kepada rakyat Hiroshima dan Jepun, saya memberikan sepenuh sokongan dan komitmen untuk seboleh mungkin melakukan apa sahaja bagi membebaskan dunia daripada senjata nuklear,” kata Setiausaha Agung PBB itu.

Pada 6 Ogos 1945, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima, membunuh hingga 146,000 orang, dan tiga hari kemudian menjatuhkan bom atom lain di Nagasaki, mengorbankan hingga 80,000 orang. Serangan ke atas dua bandar Jepun adalah satu-satunya kejadian penggunaan senjata nuklear dalam konflik bersenjata.- Bernama

Continue Reading

Previous: Populasi mamalia, burung, reptilia, ikan turun 68 peratus
Next: AS batal 1,000 visa pelajar, penyelidik China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.