Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Guru wira sejati bentuk masa depan negara
  • PENDIDIKAN

Guru wira sejati bentuk masa depan negara

Utusan Sarawak 12 hours ago
UCAPAN… Datuk Ding Kuong Hiing berucap pada majlis sambutan Hari Guru dan majlis persaraan guru SJKC Kai Chung 2025. 

BINTANGOR: Guru adalah wira sejati yang membentuk masa depan negara, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Katanya, seperti yang pernah ditegaskan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah mereka juga merupakan penggerak utama dalam menjayakan misi pendidikan negara.

“Peranan guru bukan sahaja mengajar murid menulis, membaca dan mengira, malah mereka juga membimbing dan membentuk nilai dan sahsiah pelajar dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. 

TANDA KENANGAN….Warga SJKC Kai Chung bergambar bersama Datuk Ding Kuong Hiing. 

“Sama ada seorang pemimpin, doktor, jurutera atau petani, setiap individu memulakan langkahnya di bilik darjah, dibimbing dengan sabar dan dididik oleh guru,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Guru dan majlis persaraan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chung 2025, baru-baru ini. 

Katanya, bidang pendidikan penuh dengan cabaran. 

“Namun begitu, guru adalah pejuang pendidikan yang teguh mempertahankan nilai murni dan membentuk watak pelajar dengan penuh dedikasi. 

“Pengakhiran penggal tidak bermakna guru berhenti berbakti, sebaliknya misi ini diwarisi generasi demi generasi sebagai asas pembentukan masyarakat MADANI,” katanya. 

Tambahnya, Hari Guru bukan sekadar sambutan, tetapi juga satu peralihan tanggungjawab dan semangat perjuangan.

“Saya berharap para guru muda akan terus mewarisi semangat tokoh pendidik yang bersara dan gigih meneruskan amanah mendidik dalam arus pendidikan digital masa kini,” katanya lagi. 

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Kai Chung, Dato Ung Sing Ung; Guru Besar SJKC Kai Chung, Ting Jia Chen dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Kai Chung, Benjamin Gung Sie Kai. 

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 155 mahasiswa UiTM Cawangan Sarawak adakan persidangan di DUN Sarawak
Next: Sarawak terus perkukuh pendidikan melalui inisiatif MEITD, selaras PCDS 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.